HATI

Aku manusia biasa, 
Tak mampu puaskan hati semua orang,
Aku insan lemah,
Tak punya banyak keistimewaan,
Aku hanya hambaNYA,
Tak pernah memiliki kebolehan meramal apa yang akan terjadi.

TAPI......

Aku adalah aku,
Bukan sesiapa yang punya hidup yang indah,
Aku adalah aku,
Yang sentiasa melakukan kesilapan percaturan hidup,
Aku adalah aku,
Yang tiada siapa pernah tahu apa sebenarnya di dasar hati.

TAPI....

Kau bukan aku,
Yang lalui setiap detik perjalananku,
Kau bukan aku,
Yang perlu hadapi setiap kesukaranku,
Kau masih juga bukan aku,
Biarpun kau kerap bersama denganku.

TAK MENGAPA.....

Aku tak pernah salahkan sesiapa,
Kerana lumrah manusia begitu,
Aku juga tak pernah salahkan sesiapa,
Kerana hanya Allah sahaja yang tahu hatiku,

Aku bukan sesiapa,
Untuk mengharapkan layanan yang sempurna,
Aku tak pernah berharap kau berada di tempatku,
Kerana Allah telah memberimu perjalanan hidupmu sendiri,
Dan tiada siapa mampu memahami segalanya,
Seperti mana kau tak kan pernah mungkin memahami segalanya tentang diriku...


Cerita Tauladan
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya : “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu ?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya : “Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

*Fahami dan dalami kisah ini untuk jadi pengajaran diri sendiri..




keje yang masih belom settle.

List down keje sendiri:

1. Key in database
    > felda yang dapat dari Puan Ishah
    > PLKN Jiwa Murni, Gunung Semanggol, Perak

 2. Job Placement pelajar Level 3 : welding

 3. Kuar kan surat tawaran pelajar normal intake seramai 400 org

 4. Follow-up student
     > Felda intake Disember
     > Alumni VETA 10 November
     > Normal intake Disember

 5. Design brochure baru untuk Program GREAT.

 banyak nye keje... penin pale.. x tao mane 1 nk buat dulu.. sume urgent..

 *AT LAST.. APE POWN X BUAT..AHAHAHA.. stress..