heartbeat part 1

diari online terbiar usang
dek kerana kesibukan
mengumpul hasil
demi sebuah impian..

kadang hati serasa ingin mengarang
tp kekangan masa seakan menghalang
sisa waktu hanya untuk melepaskan lelah
yang mungkin hanya sekadar senafas...

ikut rasa ingin biarkan semua
berhenti mencuba
terima sahaja apa yg diberi
tp takdir tak akan berubah
jika aku tetap bersandar...

aku bangun meloroti matahari
berlari mendekati bukan menjauhi
perit kulit kerana bahang yg pasti membakar
tapi itu mengkin akan mengebalkan diri
terus berdiri dan melangkah
biar kecil tapi aku tahu
aku masih maju selangkah dihadapan dari diriku yang semalam..

1 comment:

  1. follow balik
    http://inibelognabihah.blogspot.com
    terima kasih

    ReplyDelete